“Leave it to Allah (Serah kepada Allah).”
Inilah kata-kata yang sering diucapkan oleh Noorah Kathryn Abdullah apabila dikaitkan dengan takdir yang berlaku ke atas dirinya.
Sejak memeluk Islam pada 1983 dan merasai keindahan hidup di dalam agama suci ini, dia juga akur bahawa hidup tidak sunyi daripada ujian. Takdir mengukir perjalanan hidupnya penuh ujian yang berat. Namun, Allah memeliharanya. Dia tidak hilang pedoman dihimpit ujian, sebagaimana tergambar pada raut wajahnya yang tenang. Tidak langsung terpamer rona sedih dan duka apabila ada orang memintanya menceritakan rentetan musibah yang pernah singgah dalam hidupnya.
Noorah lahir dalam keluarga Kristian di Yorkshire, Northern England. Selepas mendapat hidayah sewaktu bertugas di Bahrain, dia terbang ke kota London dan memeluk Islam di sana. Hingga kini dia terus menetap di London. Memang jalur hidupnya selepas memeluk Islam dan kemudiannya berkahwin tidak seindah yang dia pernah bayangkan sebelumnya.

Dia diuji dengan pengabaian suami. Tetapi Noorah tidak pernah menyalahkan Islam atau menyalahkan takdir Tuhan. Sehinggalah dia akhirnya diceraikan selepas kira-kira tujuh tahun berumah tangga.
Derita Seorang Ibu
Ekoran perpisahan dengan suaminya pada 1990, Noorah mendapat hak penjagaan ketiga-tiga anaknya. Beberapa tahun kemudian berlakulah peristiwa yang amat pahit dalam hidupnya. Kebahagiaan hidup bersama anak-anaknya dicemburui oleh bekas suaminya. Lelaki itu membawa lari anak-anak mereka dan menghilang tanpa khabar berita.
Dari hari ke hari Noorah menunggu kepulangan anak-anaknya dan dalam masa yang sama terus cuba menghidu berita tentang mereka. Polis gagal mengesan di mana bekas suami Noorah berada.
Masa terus berlalu. Noorah kemudian dipertemukan jodoh lagi. Hidupnya bahagia bersama suami keduanya, terutama selepas kehadiran seorang cahayamata baru yang comel yang diberi nama Soleha. Bagaimanapun, ingatannya masih tidak lekang pada tiga anaknya yang dibawa lari entah ke mana.
Di samping hatinya berserah kepada Allah, Noorah menguatkan semangatnya untuk berusaha mendapatkan semula anak-anaknya itu. Dia yakin Allah akan memulangkan anak-anaknya.
Satu hari pada tahun 1998, dia menerima berita bahawa tiga orang anaknya yang hilang sedang berada di Ireland. Mereka dibawa oleh suaminya dan isteri baru suaminya. Noorah bertekad untuk ke sana.
Dua kali dia ke Ireland untuk mencari anak-anaknya. Kali pertama ditemani seorang kawan bernama Fatima, juga seorang saudara baru yang berasal dari India. Setelah gagal mengesan anak-anaknya, Noorah pergi buat kali kedua ke Ireland, kali ini bersama kakaknya Karen.
Antara Percaya Dengan Tidak
Inisiatif Noorah yang ketika itu berbadan dua, mendapat perhatian akhbar tempatan Ireland, Irish Mirror. Akhbar ini menemubualnya dalam usaha membantu mencari anak-anaknya. Kisahnya dimuatkan di muka depan akhbar itu pada 12 Ogos 1998. Keesokannya tanpa diduga, wartawan Lynn Kelleher menelefon Noorah.
“Ada berita gembira. Kami sudah menemui anak-anak puan,” beritahu wartawan itu.
Budak-budak itu ditemui hasil maklumat daripada seorang pembaca Irish Mirror.
Noorah bagaikan tidak percaya. Selepas hampir lima tahun mendengar bermacam-macam khabar palsu, akhirnya apa yang diharap-harapkan benar-benar berlaku. Dia rebah ke lantai. Masih dalam keadaan antara percaya dengan tidak. Sukar untuk digambarkan perasaannya dalam keadaan itu.
Tetapi setelah melalui segala-galanya sekian lama, saat yang lebih getir bakal menyusul!
Tidak dapat dibayangkan betapa hancur-luluh hati seorang ibu apabila kehadirannya sukar diterima oleh anak-anaknya. Maklumlah, hampir lima tahun mereka terpisah daripadanya. Tambahan pula bekas suaminya memberitahu anak-anak bahawa ibu mereka telah mati dan dia telah menanamkan pandangan negatif mereka terhadapnya.
Ketika ditemui, anaknya Abdullah berusia 12 tahun, Maimanah, 10 dan Mohammed, 8. Anak yang paling kecil langsung tidak mengenali ibunya.
Pihak berkuasa Ireland meletakkan mereka di bawah pusat perlindungan selama dua minggu sebelum menyerahkan mereka kepada Noorah.
Teruji Lagi
Selepas berjaya menemui dan membawa pulang ketiga-tiga anaknya, Noorah sedar tentang satu perkara. Dia sedar, sedari awal lagi suaminya tidak menunjukkan sokongan atas segala jerih payahnya untuk mendapatkan semula anak-anaknya. Suaminya tidak bersedia menerima kehadiran anak-anak Noorah bersama bekas suami pertamanya.
Berat untuk menerima hakikat ini tapi nampaknya kepulangan budak-budak itu disambut dengan perasaan cemburu oleh suami barunya. Lelaki itu tidak bersedia memberi kasih sayang kepada anak-anak itu sebagaimana dia menyayangi anak-anak Noorah dari zuriatnya sendiri. Lebih-lebih lagi selepas Noorah melahirkan seorang lagi cahayamata hasil perkongsian hidup dengannya dan selang setahun kemudian berbadan dua semula.
Ketika kelahiran anak bongsunya Fadheelah pada 20 Julai 2002, Noorah dan suaminya tidak lagi tinggal bersama. Selepas bayi itu lahir, suaminya hanya pulang sekali-sekala dan kemudiannya langsung tidak mahu berada bersama anak-anak tirinya.
Si suami memberitahu Noorah supaya mengeluarkan anak-anak itu dari rumah. Dia seterusnya memberi kata dua kepada Noorah, sama ada budak-budak itu keluar dari rumah atau dia ceraikan Noorah.
Kalau itu pilihannya, Noorah rela bergelar janda semula. Dia tidak sanggup berpisah lagi dengan anak-anaknya setelah bersusah payah dia mengambil mereka balik. Jodoh Noorah dengan suami hanya sampai di situ.
Kini keenam-enam anak Noorah telah berhimpun dan menetap dengannya di London walaupun tanpa ayah masing-masing. Untuk menyara hidup, dia menjadi guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah Islam dan menulis buku berunsur Islam untuk kanak-kanak.
Noorah akur, menjadi ibu dan bapa sekali gus bukanlah mudah.
Namun dia bersyukur, anak-anaknya yang sudah remaja banyak membantu menjaga adik-adik mereka.
Biarpun menerima ujian hidup yang berat, Noorah tetap bersyukur dan dia rela mengharungi apa saja ujian yang Allah datangkan.
Oleh: Zakaria Sungib

; ?>/ads/ad125x125.png)
; ?>/images/hdr-recent-readers.gif)
0 comments
Post a Comment